Nuffnang Ads

Rabu, 19 Ogos 2015

Mutiara Kesedihan LA TAHZAN



Senyumlah tinggalkan sedihmu . Bahagialah lupakan takutmu. Sakit yang kamu rasakan tak setara dengan bahagia yang akan kamu dapatkan.

Tak perlu bersedih akan kekurangan. Ketahuilah Tuhan pasti memberi kelebihan kepada setiap orang yang memiliki kekurangan.

Tak perlu bersedih ketika impian tidak menjadi kenyataan . Bersyukurlah bahawa mimpi buruk pun tidak menjadi kenyataan.

Tak perlu sesali kesalahan masa lalu, kerana semakin lama kamu sesali , semakin lama kamu hidup dalam kesedihan.
Maafkan  dan lupakan.

Terkadang , kepedihan harus dilalui sebelum tercapainya kebahagiaan . Tersenyumlah ketika bersedih , kerana akan ada kebahagiaan setelah itu.

Kebahagiaan pun kesedihan adalah nikmat Tuhan yang wajib disyukuri . Belajarlah untuk menikmati dan mensyukuri segala yang Tuhan beri.

Jangan banyak berharap pada dia yang tak menghargai mu.
Bahagialah dengan yang kamu miliki.
Jangan bersedih  dengan yang tidak kamu miliki.

Kebahagiaan tidak akan bermakna jika kamu tidak menyertakan orang di sekitarmu yang sedang bersedih . Berbagilah dengan murah hati.

Bangkitlah dari kesedihan kerana kesedihan adalah proses yang harus dilalui untuk menuju kebahagiaan.

Jangan bersedih  ketika melakukan salah , kerana kesalahan kita banyak belajar , kerana kesalahan kita menjadi pintar.

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.


 

Ahad, 11 Januari 2015

TADIKA OOOO TADIKA





Assalamualaikum

Lama sungguh koi tak mencoretkan kata-kata di halaman koi ni.
rindu pulak rasanya....
Hari ini hari isnin bersamaan 12hb Januari 2015 bermulanya seisi persekolahan termasuklah anak kesayangan ku Ahmad Khuzairi 6 thn ,  sekolah tadika..
Aku berjauhan dengan anakku ketika dia ke sekolah tp dia ke sekolah dihantar oleh Mak Sedara nya... kata cikgu mula2 dia memang nampak sedih tp bila dah bersama kawan2 baru lah ada keceriaan di hatinya nya...
Istimewa anakku klu dia nak ke sekolah dia mesti bangun awal... dan tadi aku baru je telefon anakku ternyata jelas suaranya ceria.