Nuffnang Ads

Rabu, 19 Ogos 2015

Mutiara Kesedihan LA TAHZAN



Senyumlah tinggalkan sedihmu . Bahagialah lupakan takutmu. Sakit yang kamu rasakan tak setara dengan bahagia yang akan kamu dapatkan.

Tak perlu bersedih akan kekurangan. Ketahuilah Tuhan pasti memberi kelebihan kepada setiap orang yang memiliki kekurangan.

Tak perlu bersedih ketika impian tidak menjadi kenyataan . Bersyukurlah bahawa mimpi buruk pun tidak menjadi kenyataan.

Tak perlu sesali kesalahan masa lalu, kerana semakin lama kamu sesali , semakin lama kamu hidup dalam kesedihan.
Maafkan  dan lupakan.

Terkadang , kepedihan harus dilalui sebelum tercapainya kebahagiaan . Tersenyumlah ketika bersedih , kerana akan ada kebahagiaan setelah itu.

Kebahagiaan pun kesedihan adalah nikmat Tuhan yang wajib disyukuri . Belajarlah untuk menikmati dan mensyukuri segala yang Tuhan beri.

Jangan banyak berharap pada dia yang tak menghargai mu.
Bahagialah dengan yang kamu miliki.
Jangan bersedih  dengan yang tidak kamu miliki.

Kebahagiaan tidak akan bermakna jika kamu tidak menyertakan orang di sekitarmu yang sedang bersedih . Berbagilah dengan murah hati.

Bangkitlah dari kesedihan kerana kesedihan adalah proses yang harus dilalui untuk menuju kebahagiaan.

Jangan bersedih  ketika melakukan salah , kerana kesalahan kita banyak belajar , kerana kesalahan kita menjadi pintar.

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.


 

Ahad, 11 Januari 2015

TADIKA OOOO TADIKA





Assalamualaikum

Lama sungguh koi tak mencoretkan kata-kata di halaman koi ni.
rindu pulak rasanya....
Hari ini hari isnin bersamaan 12hb Januari 2015 bermulanya seisi persekolahan termasuklah anak kesayangan ku Ahmad Khuzairi 6 thn ,  sekolah tadika..
Aku berjauhan dengan anakku ketika dia ke sekolah tp dia ke sekolah dihantar oleh Mak Sedara nya... kata cikgu mula2 dia memang nampak sedih tp bila dah bersama kawan2 baru lah ada keceriaan di hatinya nya...
Istimewa anakku klu dia nak ke sekolah dia mesti bangun awal... dan tadi aku baru je telefon anakku ternyata jelas suaranya ceria.



Rabu, 26 Februari 2014

Keletah Anak ku





Hai anakku.... dah semakin besar dah kau ya sayang ... kau membesar dengan berbagai keletah manja mu ..kau lah penawar semasa kedukaan ku.. tanpa kau ku rasa resah .. tanpa kau hidup ku dah tak bermakna.. ku teramat kasih pada mu  anakku...






bulat mata hehehe





sekarang dah pandai melaram dah





awal pagi ni nak ke sekolah seronok sangat









Ni masa kecik baru umur 3 tahun








kena timbun dek barang maa beli belah kat pasaraya







aku bersama anak ku kasihi...

HIKMAH MEMBACA SURAH AL KAHFI - SETIAP JUMAAT



Rabu, 19 Februari 2014

SENYUM- SENYUM SENGIH




LAWAK 1     : MURID DAN CIKGU - TAK SIKAT RAMBUT


Guru : Ucup, kenapa rambut awak kusut masai je?
Ucup : Saye takde sikat , cikgu..
Guru: pinjamlah sikat ibu awak.
Ucup : ibu sudah meninggal
Guru : pinjam sikat kakak?
Ucup : saye takde kakak, Ucup anak tunggal.
Guru : jadi,kamu tinggal dgn siapa?
Ucup : ayah..
Guru : kalau mcm tuh,,pinjam la sikat ayah kamu.
Ucup : ayah botak, cikgu.
Guru : @?!%&#() (mulut berbuih..)





LAWAK 2   : PAK PANDIR NAIK HELIKOPTER


 Pak Pandir naik helikopter

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:

"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."









Lawak 3    :   Kisah Lucu: Pencuri Kasut

Di sebuah masjid selepas sembahyang Jumaat kelihatan seorang lelaki resah mencari sesuatu di tangga.

DON : Kenapa ni Husin?
SIN : Kasut aku hilang.
DON : Cuba cari betul-betul.
SIN : Takde.. yang tinggal selipar buruk ni je..Ishh.. kasut tu baru lagi aku beli. Baru 3 - 4 kali je aku pakai.
DON : Aku rasa pencuri tu mengikut saranan tok khatib masa khutbah tadi kot.
SIN : Maksud ko?
DON : Ye la.. tok khatib tu kata..

"MAKA AMBILLAH YG BAIK-BAIK DAN TINGGALLAH YANG BURUK".

SIN : Huh?








LAWAK 4   :     " LEWAT  4 BULAN "


 Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita
kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk
tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga
ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai
TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.
ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak
boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB
tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,
semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat
sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar
dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia
pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg
berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun
memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak
heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat
sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus
naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik
punya....... ...."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai
apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRRLAAAAAAAA"






LAWAK 5  :  SHAMPOO , SABUN DAN UBAT GIGI BABA
 Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada
seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk
yang dipakai pelajar tersebut.

"Sabun mana yang anda gunakan selama ini?"

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, "Sabun Baba."

"Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?"

" Deodorant Baba," jawab pelajar itu.

"Minyak wangi?"

"Minyak Wangi Baba."

"Shampoo?"

"Shampoo Baba."

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, "Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak
sihat."

Pelajar itu menjawab, "Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya."








LAWAK 6 - KAYA RAYA 7 KETURUNAN

Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.

Ibu: "Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan."

Anak:"Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?"

Ibu: (tersipu malu) "Kerana kita ini keturunan yang ke 8."





LAWAK 7 - MENEGAKKAN  SEEKOR  CACING LURUS DI ATAS TANAH

Seorang datuk dan cucunya sedang berjalan-jalan. Kerana hari panas mereka beristirahat di bawah pohon yang di depannya ada kolam ikan. Si cucu nie memang suka menanyakan berbagai soalan kepada datuk. 

"Tok, adakah atok akan memberi saya duit RM100, bila saya berhasil menegakkan seekor cacing tegak lurus di atas tanah?" Si datuk tak percaya. Fikirnya mana boleh.

Kata datuk: "Ok, kalau berjaya, besok atok kasi kamu RM100."

Si cucu lantas mencari cacing di pinggir kolam. Terjumpa seekor. Dibawanya cacing tersebut ke depan datuknya. Lalu si cucu mengambil hair-spray dari poket baju. Si cacing yang malang disprey beberapa kali, lantas mati keras. Dengan mudah si cucu menegakkan cacing tegak lurus di atas tanah. Si atok kagum, cucunya memang bijak.

Sampai di rumah berceritalah si cucu tentang janji datuk pada neneknya. Si nenek mendengar penuh kagum. Leka bercerita si cucu pun tertidur. Pagi esoknya si nenek mencari cucunya sambil membawa duit RM200. 

"RM100 dari atok, dan RM100 lagi dari nenek untuk idea yang bagus." kata sang nenek. Si cucu melopong tak paham.






LAWAK 8 - KISAH HANTU DAN SERAM  HEHEHEHHEHE

Kisah Penjenayah Tua

 

Seorang penjenayah tua yang menyorok di pinggir kampung sedang sakit tenat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba kedengaran satu ketukan kuat di pintu rumahnya.

"Siapa di luar?" jerit orang tua itu dengan ketakutan.

"Saya Malaikat Maut!"

"Oh, syukurlah! Saya ingat anggota polis yang datang. Silalah masuk!"



Pak Ali dan Pari Pari Tasik

 

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: "Kenapa dengan kau?"
Pak Ali: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik."

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: "Inikah kapak kamu? "
Pak Ali: "Tidak."

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas. 
Pari Pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Ali: "Tidak, kapak aku buruk sahaja."

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk. 
Pari Pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Ali: "Ya, itulah kapak buruk aku."

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.. 

Pari Pari: "Kenapa kau bersedih?"
Pak Ali: "Isteriku jatuh ke dalam tasik."

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera. 
Pari Pari: "Inikah isteri kau?"
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "Ya, itulah isteriku..." 

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak". 

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears... Kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku... Bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku.. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua.."

Kedai Hantu

 

Kononnya,dalam sebuah bandar ni ada sebuah bar yang diberi nama 'The Vampire Club' memandangkan bar tu cuma dikunjungi oleh makhluk-makhluk seperti langsuir, pontianak, toyol, hantu bungkus dan yang seangkatan dengannya. Kiranya bar tue kira port dia oranglah.

Arakian dijadikan cerita.. Suatu malam yang boleh dikira happening, berkumpul hantu-hantu nie sumer berpesta sakan. Tiba-tiba pintu dikuak, masuk Zombie sambil jalan terhuyung-hayang. Setelah duduk, si pelayan pun mengambil pesanan, Zombie pun orderlah kepala manusia yang masih fresh untuk menjadi santapannya. Sumer yang ada kat situ rasa gerun tengok cara Zombie nie makan? Kata orang untuk tontonan 18 sangat jerlah konon-kononnya? Zombie nie pun banggalah coz dapat tunjuk ke'terror'an dia. 

Kemudian, masuk pula si Pontianak disertai hilai tawanya yang mengerunkan. Lepas amik tempat duduk di sebelah Zombie tadi, sekali lagi si pelayan amik pesanan. Si Pontianak nie pun orderlah 3 tong darah fresh anak dara.. Dengan sekelip mata jer Pontianak nie habiskan 3 tong darah sekaligus.. Sekali lagi sumer yang ada dekat situ terpegun tak terkata tengok stail Pontianak nie. Gaya, mutu keunggulan.. salutelah konon!

Apalagi, kembang-kempis lar hidung Pontianak nie trima pujian.

Tak lama kemudian, sekali lagi pintu bar dikuak. Kali nie tersembul plak muka si Drakula The Legend. Dengan penuh machonya Drakula nie amik tempat duduk bersebelahan dengan si Zombie dan Pontianak tadi. Masing-masing layan blues tak nak bertegur sapa coz masing-masing nak maintain title. Si pelayan pun datanglah amik order. Hantu-hantu yang ada dekat situ sumer tak sabar nak tau apa pesanan yang bakal diorder oleh Drakula tadi memandangkan 2 rivalsnya sebelum nie cukup hebat belaka. Malangnya si Drakula hanya meminta secawan air panas. 

Si Zombi dan si Pontianak tekejut beruk mendengar pesanan si Drakula.. termasuklah dengan hantu-hantu lain yang ada kat situ pada masa tue. Masing-masing keheranan dan bertanya sesama sendiri. Kemudian si Drakula pun mengeluarkan sesuatu dari kocek bajunya yang berupa TUALA WANITA seraya berkata kat sumer 

"Apa korang tengok-tengok hah? Korang ingat teh uncang jer ka yang ada??"




Kisah Misteri di Dalam Bilik ICU Hospital

 

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka. Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut.

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya, beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri. 

Masa berputar, pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am...

Tiba-tiba... Pintu bilik ICU itu terbuka, kemudian masuklah Makcik Bedah, seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.. Masuk.. mendekati katil keramat tersebut.. dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya.

Mengetuk Batu Nisan di Perkuburan

 

Mamat dan Ali baru pulang dari bandar. Untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yang bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu. 

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan. 

Mamat dan Ali bersuara, "Ahhh... terkejut kami, ingatkan Pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje.." 

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni?" 

Tibat-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah,

"Bodoh!! Dia orang salah eja nama aku!"



Kisah 3 Ekor Pontianak Mencari Mangsa

 

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. 

Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu?"

Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu... habiissss aku kerjakan!!" 

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yang setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah. 

"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yang kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga.

"Satu bandar itu juga habiiisss!!!", kata pontianak yang setengah abad sambil ketawa seram, "Ha ha ha hah". 

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya... 

Lalu pontianak yang 2 ekor tu berkata, "Gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power."

Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu?"

"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu.

"Err... aku tadi tak nampak..."

Semalam Nampak Hantu

Sam: "Semalam aku nampak hantu!"

Dol: "Uih! kau terkejut tak?"

Sam: "Taklah.. hantu tu yang terkejut tengok aku."

Dol: "Mana kau tahu?"

Sam: "Aku tengok muka dia pucat semacam jer..."


Teksi Berhantu

 

Kul 12 malam. Amid dan Alan pulang dari keje, naek teksi. Keje baynak kat opis, balik pun lewat, seblum ni tak pernah macam ni, selalu balik pun naek kereta Alan. Tapi kereta dah takde, kene curik..

Alan: "Eh,betol ke org cakap kat sini de teksi berhantu?? Ade dengar tak??"
Amid: "Ade dengar.. diorang cakap.. die jmput penumpang tu, pastu die menjelma jadi hantu.. bau busuk.. muke huduh.. pastu isap darah orang plak tu.. Nape ko tanye?? Wat seram je la ko ni.."
Alan: "1st time aku blk keje naek teksi ni.. Aku rase laen macam plak.. Debar-debar jek.. Something wrong ni.. ah..!! Biar la.. jangan pkir bukan-bukan.. tahyul-tahyul.."
Amid: "Tau.. Tak pe.. haa..!! Tu teksi tu..tahan-tahan..!!"
Pemandu Teksi: "Nak balik mane dik?? Korang ni last passenger abang ni.. Jangan jauh-jauh da la.."
Alan: "Kitorang nak ke Subang.. USJ1 bang.. Apartment permai.. Tau tak bang?? Boleh la bang.. jauh ciket jek.. Bole ye bang.."
Pemandu Teksi: "Eh..!! jauh tu dik dari Pandan ni.. Jauh nye kerje.. Dari Subang ke Pandan.."

Amid: "Sebelum ni naek kereta bang.. Arini jek naek teksi.. Bole ye bang..?"
Pemandu Teksi: "Naek Lah..cian aku tengok korang ni.."
Alan dan Amid: "Mekasih bang.. Hehe..!!"

Si brader teksi ni pun bukak la cite..
Pemandu Teksi: "Korang pernah dengar cite teksi hantu kt sini tak?"
Alan dan Amid : "Pernah.. Nape bang?? Betol ke cite ni?"
Pemandu Teksi : "Eh.. betul la.. korang ni tak caye ek bende-bende mcmni? Memang ade pun.. penumpang yang naek tu akan terhidu bau busuk dari teksi tu.. Itu tande-tandenye la.. Pastu teksi tu akan benti kat tempat sunyi, gelap. Pemandu die pun akan menjelma jadi lembaga itam yang besar dan bertaring.. Pastu lembaga tu akan isap darah pnumpang tu.. haa.. mcm tu la cite nye.."

Alan: "Yeke.. Malang la nasib sape yang kene tu..hehe.. Saya tak caye la bende-bende ni bang.. Tahyul-mahyul jek.."
Amid: (sambil berbisik) "Oii.. mangkuk.. pehal cabul sgt mulut ko ni?? Ntah-ntah brader teksi ni antu tu.. Laen macam jek aku tengok.. Die pun arif bercerita.. macam die jek antu tu.. Takut aku.."
Alan: "Hahahahahaha.. wat lawak la ko ni.."
Pemandu Teksi: "Pe yang lawak nye dik?? Gelak besar lagi tu?? Jangan maen-maen dik.. dengan bende-bende halus ni.. hehehe.."

Lepas kene tegur.. Amid dan Alan pun terdiam.. Tiba-tiba terbit satu bau yang agak busuk, menusuk dalam kalbu sanubari hidung diorang..
Amid: (sambil berbisik) "Wei.. Ko bau tak ape yang aku bau?? Bulu roma tengkuk aku da tegak-tegak ni.. Laen macam jek.. Abang teksi ni senyap jek.. wei..aku takut la.."
Alan: (sambil berbisik) "Eh..ko jangan takut, kalau kau takut.. aku pun takut.. memang ade bau pun.. jangan die benti kat depan tu dah.. Tempat tu sunyi,gelap.."

Tibe-tibe teksi tu benti kat tempat gelap tu..sunyi jek suasane nye.. Maka..

Alan dan Amid: "Aaahhh..sudaahh..!! knape benti bang??"
Pemandu Teksi: "Hehehe.. Tempat sunyi ni elok benti.. Gelap, tak de orang.. Tak de sape-sape nampak.. hehehe.. korang duduk sini diam-diam.. hehehe.."
Alan dan Amid: "Hah..!! Alamak tok..!! Jangan isap darah kami tok, kami tak kawin lagi.. Kursus kawin baru je daftar, tu pun kelas die tak pegi lagi.. Ampun kan kami tok.. waa..waa.."
Pemandu Teksi: "Tok?? eh.. Apahal korang ni..?? Aku nak gi berak la kat semak tu, kang terang-terang kang orang nampak..eh!! Aku sakit perut la..makan jering dan petai tengahari tadi.. Ko tak bau ke kentut aku tadi?? Lagipun sini bukan ade toilet pun.. dah..dah.. Lepas kaki aku.. siap melutut, merayu lagi ni.. Ape kes?? Eishh..!! Lepas-lepas.. Berak dalam seluar plak aku kang..!! Eish..!!"

Alan dan Amid: "Hah?? Laa..!!"


 
 Sesuatu yang lebih laju dari cahaya







Kelajuan cahaya sehingga kini di catatkan ialah 299 792 458 m / s. ini merupakan tempoh yang sangat pantas yang pernah dicatatkan oleh ahli sains sejak zaman dahulu lagi…
Ada sesiapa di antara kamu yang dapat buktikan sesuatu yang lain lebih laju dari cahaya? – tanya seorang guru pada murid2nya..
MURID 1:       Ada cikgu… jawapan saya suis lampu..
GURU:             Suis lampu? Buktikan pada saya…
MURID 1:       Sebelum cahaya tu bergerak… suis lampu dulu cikgu, kalau tak dipetik, cahaya pun tak bergerak lagi…
MURID 2:       Saya bantah cikgu, saya ada jawapan yang lain…. Jawapan saya ialah fikiran cikgu… sebelum suis lamp itu dipetik, fikiran dah mendahului tangan yang memetik suis…
CIKGU:            Hmm… sungguh kreatif cara kamu berfikir… ada jawapan yang lain…?
MURID 3:       Ada cikgu… saya rasa semua tu tak sepantas mana…
CIKGU:            Ok, apa jawapan kamu…
MURID 3:       Cirit cikgu…
CIKGU:            Cirit? Awak ni nak main2 ke nak apa? (agak marah)
MURID 3:       Iye cikgu… pada suatu malam tu… saya terjaga… tak sempat saya fikir, tak sempat saya petik suis lampu… dah terCIRIT……
 
 
 
Melaporkan Isteri Hilang

Seorang suami membuat laporan di balai polis ttg kehilangan isterinya :
Suami: Isteri saya keluar rumah dari siang tadi tapi sehingga jam 9 mlm tadi dia belum pulang ke rumah... (dgn nada kerisauan)
Inspektor : Pukul berapa keluar rumah?
Suami : Saya tak perasan tetapi sebelum makan tengahari rasanya..
Inspektor : Umur isteri?
Suami : Oh.. Umur? Mmm tiga puluh... Tiga puluh dua...
Inspektor : Berapa ketinggian isteri?
Suami : Tak pasti tapi ketinggian dia paras bahu saya
Inspektor : Kurus atau gemuk?
Suami : Err.. tak kurus juga. Sederhana rasanya.
Inspektor : Warna kulit?
Suami : Mmm... agak cerah
Inspektor : Warna rambut?
Suami : Dia selalu tukar warna rambut jadi saya tak ingat. Maaf...
Inspektor : Pakaian yang isteri pakai semasa keluar rumah?
Suami : Tak ingat tuan. Tapi biasanya blouse dan seluar
Inspektor : Warna baju?
Suami : Tak perasan tuan..
Inspektor : Dia memandu kenderaan semasa keluar rumah?
Suami : Ya betul. Kereta saya..
Inspektor : Boleh bagi nombor kereta, jenis, warna, spesifikasi?
Suami : Spesifikasi? Ok... BMW F30 model 335i M Sport  Coupe keluaran facelift 2013. Nombo plet BJL 335. Asal warna Sophisto Grey tapi saya dah wrap minggu lepas Frozen Blue Monte Carlo. Bumbung, cover cermin, spoiler belakang dan skirting carbon fiber... Rim BBS model CHR limited edition depan 19 inci lebar 8.5inci rim belakang 20 inci lebar 9.5 inci. Tayar depan belakang Pirelli P Zero Corsa buatan Itali... Brek Brembo Signature caliper warna emas... Cermin kereta jenama V Kool model Deluxe tinted cermin depan telus cahaya 70%, cermin belakang tinted telus cahaya 50% dan cermin kiri dan kanan telus cahaya 40%. Semua cermin tahan ultra violet 97%. Boleh pakai Smart Tag. Exhaust Supersprint. Bumper depan ada kemek sebesar duit 10sen kena langgar kapcai pada hari raya China kedua dan jugak ada sikit calar sepanjang 2.5inci di diffuser belakang. Kereta baru saya wax 6 lapis pakai Meguairs Carnauba Wax Platinum di Cars International Mid Valley 2 hari lepas.
….dan tiba-tiba si suami menangis...
Inspektor: Jangan sedih encik. Saya akan cari BMW encik...
 
 
 
 
Bola Hitam Putih
 
 

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan.
Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi.
Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je. Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.
Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal.apa tuan tak segan?"
Lantas si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau, "Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih" 
Hek eleh takkan macamtu kot?
Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"
"Tak perlulah saya terangkan kenapa. 
Kalau papa ada duit, belikan itu je."
Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je.
Maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.
Masa berlalu.kemudian si anak masuk Sek.Rendah.
Lepas itu musim kasut roda.
Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya.
Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor.Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. 
Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apasal tak bagitau kat Papa?.
No problem setakat beli kasut roda je.".
Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.
Kalau boleh  apa beli lagi k.tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"
Si bapa geram. walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan  bola putih.
 Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men.

Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya  main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kawasan tempat tinggal nya. Trend baru.Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya.
Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu.Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.

Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu". 
Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa.
Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya." 
"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?

 Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu.hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.
 Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.
Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

 Masa berlalu.Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. 
Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3, 2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya!
 Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja!
 Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang. Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! . Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan nak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih!
Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih.

 Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari
keluaran terbaru. Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je. Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?
Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu.huh…..sampai awek anak aku pun tanya.bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?.
 Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!
 Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih.
 Nak buat apa lagi, fikir si Papa.
 Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anaknya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.
Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk bersiar-siar. 
Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!!
Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut.
Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.
 Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?"
 Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya.sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.
 "Papa, maafkan saya.tidak berhati- hati semasa memandu." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan.
 Si bapa cuba menenangkan dia.akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya.
Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih" 
"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.sehingga kamu sering kesepian.maafkan papa, nak. 
Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."
 Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.saya cuma minta bola  hitam dan bola putih je kan ?"

 Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat. "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU. ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"

(anda semua pun ingin tahu kan?) Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba.... "sebabnya....saya....saya.....saya...." Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih. Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape. MACAM MANA NI? Kecewa jugak nih. Isk!Isk! Isk!